26 October 2012
Salam Aidil Adha + Aqiqah Adam
18 October 2012
Blog yang terbengkalai
Lama ditinggalkan.. Tak mampu nak update dah.. Ni aku listkan saja lah apa yg berlaku sblm ni.
-Aku dah selamat bersalin august tu
-Dapat baby boy.
-Raya puasa dah berlalu
-Raya haji kena blk kg abg kat kedah
-Aqiqah adam dgn Aimeer serentak masa raya haji nnt
-Abg dapat tukar ke sabah
-Nnt balik sama2 lps raya haji
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami.
25 June 2012
Memories Remains
Apa benda ni? Heh ini la kopok kenangan!! Dulu zaman bercinta takde la nak dating2 makan secret recipes apa sume.. Cukup beli 2 paket kopok ni, then makan sama2 ngan en. boyfriend.. Cewah.. Sekarang ni dah jadi en. suami la..
Tapi sayang sekali kopok ni dah dijual dengan harga yang mahal. RM3 sepaket kot! Dulu boleh beli 3 paket dengan harga yang sama.. Nasib la.. Makin hari makin mahal. Apa pun, rasa dia masih ada yang serupa.. Bila makan jer mesti teringat dekat suami! Haha over la pulak.. Ok la.. Bye...
21 June 2012
Excitement Seorang Nenek..
Sepanjang kami kat kedai tu, setiap barangan baby mama pegang dengan perasaan geram.. Haha lucu aku tengok mama aku macm tu. Semua barang dia nak beli.. Hehe nasib baik aku ada.. Kalo tak, dah selori kot baju baby yang masih belum tahu jantinanya.. Haha
Selesai shopping, kami balik la rumah. Rupanya mama tak habis geram lagi dengan barang-barang yang dia beli tadi. Hahaha siap buka balik dan belek-belek dengan adik aku.. Lepas tu pegi amik gambar nak show off kat husband aku.. Hehehe
Excited la mama nak jadi nenek! Heee...
14 June 2012
My Birthday?
Hari ni ulangtahun kelahiran aku kat dunia ni. 28 pusingan telah berlalu.. Bila harinya pusingan ini akan tamat? ;(
Patutnya hepi.. Tapi aku risau..
Apa pun, terima kasih dan bersyukur aku kepada Allah swt.. Dapat aku lalui pelbagai kenikmatan dunia.. Aku saja selalu leka..alpa..lalai..
Syukur juga selama bernafas ini, diberi peluang mengenali insan2 yg terlalu bernilai untuk didampingi.. Sayang tak terhingga buat mereka semua.. Terima kasih sebab sudi ada dari aku kecil sampai la hari ini..
Kenapa aku sedih ya?
Selamat ulang tahun buat diriku... ;(
13 June 2012
I Cup Angry Bird!
Haa itu yang terboleh bukak blog ni balik... Ikutkan malas dah nak belek-belek posts kat sini. Betapa bosannya aku. Bila la boss nak bagi keja yang betul-betul ni? Tiap kali tanya, dia mesti cakap kena tunggu consultant siapkan project baru boleh bagi kerja kat aku. Huhu... Dalam 3 bulan ni la jugak aku goyang kaki tapi keja tak ada. Duit tetap masuk dan masyuk! Huhu..
Apa nak buat ni.... I cup angry bird! Tak sesuai langsung title ngan entry! Btw pic ini la yang ada depan mata atas meja aku.... Huhuhu