Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

26 October 2012

Salam Aidil Adha + Aqiqah Adam

Cuti raya ni aku sekeluarga beraya kat Kedah. Disebabkan husband aku masih lagi keja kat Kuala Lumpur, jadi terpaksalah aku heret anak aku yg comel itu. Bukan main berat walaupun nampak kecik. Hehehe. 


Raya kat Kedah ni biasa je. Tak semeriah macam kat Sabah. Maybe sebab tak jalan sangat kot? Majlis Aqiqah Adam pun buat ala kadar jer. Bagi jalan yang wajib sahaja. Entry done. Ok!


P/S. En. Husband sempat menggatal! Tak suka!

21 June 2012

Excitement Seorang Nenek..

Lepas balik dari kerja semalam, mama ajak aku keluar shopping barang-barang persediaan menyambut baby.. Aku pun ikut jer la, sebab aku pun tak tau nak beli apa. Mama punya lah excited. Macam mama pulak yang nak beranak. Hehe...
Sepanjang kami kat kedai tu, setiap barangan baby mama pegang dengan perasaan geram.. Haha lucu aku tengok mama aku macm tu. Semua barang dia nak beli.. Hehe nasib baik aku ada.. Kalo tak, dah selori kot baju baby yang masih belum tahu jantinanya.. Haha
Selesai shopping, kami balik la rumah. Rupanya mama tak habis geram lagi dengan barang-barang yang dia beli tadi. Hahaha siap buka balik dan belek-belek dengan adik aku.. Lepas tu pegi amik gambar nak show off kat husband aku.. Hehehe
Excited la mama nak jadi nenek! Heee...

20 September 2011

Seksanya Perjalanan Balik Kampung!

10 september 2011, sabtu, hari tu. aku berjaya balik ke kampung halaman! hohoho syahdunya... rasa tak puas balik kampung. nak stay lama-lama lagi kat sana.. tapi seksa jugak nak balik hari tu...


8.00am awal pagi dah siap-siap nak tunggu boss (pitt). dia nak hantar sampai jeti Muara. alhamdulillah sampai jer dlm kul 8.45am, terus dapat ferry nak ke labuan. so beli la tiket dengan harga B$17.00.. perjalanan amik masa 1 jam la jugak.


sesampainya kat labuan terus lari cari kaunter tiket. sekali tengok ferry paling awal pun pukul 1.00pm!! hampeh! ingat dapat balik segera, rupanya tak dapat :(  terpaksa jugak la beli, nak balik punya pasal. harga tiket RM34.00.. maka melepak la aku kat surau dari pukul 10.00am sampai kul 1.00pm..


pukul 1.00pm ferry berangkat ke Jesselton Point Terminal, Kota Kinabalu. sampai kat KK dalam pukul 4.00pm. 3 jam jugak la dalam ferry. masak aku dalam tu! sampai jer terminal terus cari teksi nak ke terminal bas Inanam. wow sekali dia cas RM20.00!

view from jesselton point terminal

sampai kaunter, beli tiket bas ke Sandakan. RM43.00! mahalnya... bas jalan pukul 6.00pm. sabar jer la duduk dalam bas 6 jam!! sampai kat sandakan dalam pukul 1.00am.. nasib baik mama ngan abah datang ambil kat terminal bas. 



Badan aku habis rasa sengal-sengal, macam bengkak pun ada. sungguh aku takmo naik ferry-bas ke sandakan. im most prefer naik flight. biar mahal sikit, tapi selesa!


Kikiy MMS Tengah Malam

huhu lebih kurang pukul 12.20 tengah malam tadi ada budak MMS aku.. tekejut aku, sapa la pulak rajin msg tengah-tengah malam ni. rupanya cik kikiy semangat nak tunjuk hasil kreativitinya. hehe aku pun bangun dengan senyum-senyum.. sayang jugak kamu dekat aku kan. hahaha... 

ni nah MMS pic tu.. cantek kiy... sayang kau!


and.. masa ni, kami tengah chatting pun pasal hadiah-hadiah yang family kat rumah buat! hehehe tak yah suruh-suruh orang la.. kami pun leh buat sendiri! i love my family so much! yey!







Cerita Masa Cuti :)

haa.. masa aku cuti tu aku berkesempatan berjumpa sendiri Mr. Oat! kucing kesayangan abah! hehe tiap pagi minum susu campur oat! pelik! oat tak kacau orang, tak bising, yang penting dia paham manusia. hahaha betul.. tak caya pegi tengok sendiri la :) 
 
ni dia Mr. Oat!

 pandai posing!


Hari kedua aku kat rumah... abah ajak pegi lawat cik kikiy, sambil-sambil melawat ladang sawitnya.. hahaha in your dream! sebelum pegi lawat cik kikiy, captain macg sempat buatkan moist cake untuk kikiy. hehe ye kami saling sayang menyayangi antara adik beradik :D

sesampainya di rumah cik kikiy, kami dijamu dengan air 'milo confuse'! apa benda ko bagi minum kitorang ni kikiy? nak kata milo panas, tak panas.. siap letak ais lg. tapi nak kata air milo sejuk, tak sejuk pon? air milo tak cukup sifat kot? hahaha dah la hidang guna straw! takda sudu ka? hahahaha...

 cawan dah cute, air milo confuse... hahaha


tak lupa juga, moist cake captain macg tadi turut dihidang sama... awesome! marvelous! sangat sedap hingga berebut ke piece yang terakhir! hehehe
 
 hitam legam! but very yummy!

 tak sedar dah ngap sampai tinggal ni...

 ohooo.... siapa yang habis kan tu ya??


 amik pic ngan scoot cik kikiy!

 aku gemok! lihat la ladang sawit kami! ehehehe..

 captain macg tompang bonceng!

cik kikiy pon taknak tinggal... nak bonceng jugak bersama kakak gemok nya :)



THE END!

05 September 2011

Mak Pesan, Balik La...

huhuhu setahun lebih dah tak balik kampung! aku ingat nak balik this weekend. mesti! esok nak apply leave. harap-harap dapat la cuti. orang lain cuti sebelum raya. aku cuti lepas raya! best la sangat... dah habis dah kuih muih, dah basi dah ketupat rendang baru nak tunjuk muka... memang sah kena marah. eh? sapa berani marah aku haa? ni balik pun kena bawak macam-macam tau. 

minggu lepas masa call adik-adik aku, diorang sempat pesan macam-macam lagi. kak jangan lupa bawak itu ini.. adui.. kalau la kudratku larat kan... korang punyer barang-barang lagi banyak dari barang-barang aku tau!


meh nak list... kot-kot ada yang tertinggal korang bagitau awal-awal sebelum aku balik!
1. baju-baju dari bangkok. mcm la banyak :p
2. handbags... yg ni memang banyak!!!
3. shoes... ni aku punya. 
4. gelang cik kikiy. 2 je
5. barang-barang hantaran cik ami ;)
6. ntah apa lagi.. tak larat nak sebut la kat sini... aku pun dah tak ingat apa lagi?

PS : just remind me.. apa lagi nak kena angkut bawak balik ok?

30 August 2011

Day 12 – A Photo Of Something That Makes You Happy

my life is nothing without them! thank you so much for being 'there' whenever i really need somebody. you always makes me happy ;D

 
my beloved family!!!

 
my beloved man!


 
my beloved ... favorite food i guess... hehe thanks for makes me happy mr.burger!




PS : rasa macam nak telan burger la hari ni. ishh tak leh... kena jaga badan!

26 August 2011

Day 8 – A Picture Of Your Favourite Memory

hari ni kena post gambar lagi! nah..  my favorite memory!

 
masa ni kena ucap 'terima kasih counselor' laju-laju! hahaha


 
shoot dengan geng first batch. miss you all!


 
merakam kenangan dengan mama & abah tersayang! mwahh!




PS : apa agaknya my next fav memories will be? heh tunggu...