ehem...baru balik dari KL... mesti la dari jumpa en.amad! tapi bukan jumpa dia semata-mata, kami kena hadiri kursus pra perkahwinan! Yer!! kami nak kawen dah. yey! kursus diadakan 2 hari, weekend 9-10hb July 2011
nak di jadikan cerita, pada pagi 9hb July, lokasi, tepi jalan dekat ngan sogo, sebelum itu, kami terima message bahawa kursus kami tu terpaksa dibatalkan. disebabkan faktor keselamatan! giler.. aku dah cuak... kenapa pagi ni la jugak dia rajin type message ni.. yang manusia kat KL ni plak, apesal la nak riot time ni jugak.. adoi, masalah tol la. terus aku terpikir nak kena datang kursus semula ke? maksudnya aku kena beli tiket kapal lagi sekali la? adoi duit terbang lagi... lalu kami segera mencari alternatif lain...
aku : abg try call orang tu balik, kot2 ada cawangan kursus kat tempat lain...
abg : mesti takde punye...
aku : alaa... try aje la.. syg nak buat apa 2 hari kat sini?
abg : yerla2
lepas call....
abg : syg cepat! kita kena gerak ke setiawangsaa. nama kita dah kena transfer kat sana..
aku : erk? tahu jalan ke? and boleh ke jalan kat kawasan ni?
abg : ini abg KL laa...
aku : hek elleh...
dan sepanjang jalan nak ke LRT Putra Masjid Jamek, kelihatan begitu ramai polis... macam semut dah... ada kat satu laluan tu, kami kena tahan, sebab makcik polis tu nak tengok apa isi dalam beg aku.. huhu kot-kot aku ni salah satu anggota 'mereka' yang bawak parang kat dalam beg comel aku.. uhuhu sungguh tak logik! tak tengok ke aku tengah lawa-lawa, pakai baju kurung, sopan je... macam ada ciri-ciri nak riot... huhuhu
so, end of the course day, aku rasa lega sebab Tuhan bagi peluang kat aku dan en.amad even masa tu sangat kecoh giler! ahaha
1 comment:
Kenapa aku jeles betul sama en. Ahmad tu...
Ehhh... Abg ahmad... 😢
Post a Comment