19 September 2011

Random Updates!

ni nak update preparation sebelum kahwin! alang-alang dah cuti ni, maka elok lah buat benda-benda terpenting dulu. ok hari isnin, kitorang (abah, aku dan captain macg) pergi ke Kretam Holding. ada interview, elok aku dress-up formal, tengok-tengok interview tak formal pon? result? hehehe wait and see la nanti..

lepas interview, kitorang ke Klinik Kesihatan Sandakan. nak buat saringan ujian HIV. terus ke kaunter pendaftaran. mangkuk hayun kat depan tu kata tolong pergi pejabat MUIS amik form. adui nasib baik dah suruh abah balik sekejap amik borang-borang tu, so, aku dan captain macg tunggu la kat ruang legar tu.

15 minit camtu, abah pun sampai, pegi balik ke kaunter tu, nak bagi borang. sekali dia cakap hari ni tak boleh buat ujian HIV, kena datang hari rabu, khamis atau jumaat! aku punya bengang! apesal tak cakap awal-awal tadi. bodoh betul pekerja kerajaan ni! opss yang kat kaunter tu la... rasa nak maki hamun jer la!!

nasib baik kawan aku (ina) ada kat sana, dia la yang handle ujian hiv tu. asal jumpa dia mesti amik darah. hehe terhutang budi sangat dengan dia. terima kasih cik ina. :)


 
ni la kaunter tu, mangkuk hayun tu tak kelihatan pulak!


ok. stop la citer pasal borang-borang kahwin ni. aku naik sesak pulak. tension. pekerja kerajaan memang tak best layan orang! makan gaji buta kot?!!

balik rumah kitorang tengah fikir nak buat apa dengan sapu tangan yang mak beli banyak-banyak tu?? lalu kitorang buka youtube dan tengok camana nak deco sapu tangan. dan akhirnya kitorang dapat banyak kuntuman bunga ros yang cumil :) thanks to captain macg sebab berusaha buat sampai habis! macam boleh bukak kedai pulak kan... bagi nama Muncung Decoration Sdn Bhd! hehe sebab dia buat penuh kosentrasi sambil mulut muncung-muncung! hahaha...

 


 






yang kat bawah ni pulak siapkan kat office... print sticker, then tampal kat bawah cawan cute! hmmm sekarang tengah bingung nak bawa balik macam mana?



cute kan? kan?

PS : nak bodek brother 2 orang tu bawak pegi KK hujung bulan 10.. boleh tak?

1 comment:

Unknown said...

Tahniah apis... Kau berjaya kann